Tuesday, 18 January 2011

Kenapa Artis Bergambar Terlampau

Sejak akhir-akhir ini dunia hiburan sering dikejutkan dengan sajian gambar-gambar penuh kontroversi. Dengan kata lain, gambar yang tidak senonoh la tu. Bagi saya, yang agak kurang mengikuti perkembangan dunia hiburan, saya beranggapan artis yang berkelakuan sebegitu merupakan artis yang cuba untuk sentiasa popular.

Memang tak dapat nak dinafikan, memang ada artis yang menjadi mangsa penyebaran gambar-gambar 'privacy' tanpa disedari atau dicuri atau dimanipulasi (super-impose) tapi tak kurang juga yang sengaja menyebarkannya sendiri. Dengan berbuat demikian, dia akan terus diingati oleh peminat dunia hiburan. Namanya akan terus meniti dari bibir ke bibir peminat.

Tapi kalau boleh, hentikan lah semua itu, terutamanya artis melayu (islam la kan...) Buat apa nak dedah sana nak dedah sini. Haram tu. Berdosa...